
Pada masa sama, Sukri memberitahu PN menyasarkan menang 30 daripada 56 kerusi DUN sekali gus membolehkan gabungan itu membentuk kerajaan negeri.
“Bagi membentuk kerajaan negeri di Selangor, PN perlu menang sekurang-kurangnya 29 kerusi. Tidak mustahil misi tersebut dapat dilaksanakan melalui gelombang sokongan serta penerangan berterusan terhadap pengundi.
“Tidak dinafikan kerusi majoriti bukan Melayu antara misi sukar PN, namun yakin (tarik pengundi) dengan gelombang sokongan diterima,” katanya menurut Sinar Harian.
Baru-baru ini, Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris, menyatakan PN hanya memerlukan satu perlima daripada undi bukan Melayu untuk memenangi PRN di Negeri Sembilan dan Selangor.
Sukri berkata, PN mempunyai keupayaan memimpin negeri berdasarkan prestasi dipamerkan ketika menerajui kerajaan persekutuan sebelum ini.
“Malah PN turut menampilkan kepimpinan terbaik di tiga negeri dikuasainya iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.
“Rakyat juga perlu disedarkan dengan kegagalan cukup ketara di bawah kerajaan campuran PH-BN dalam menyelesaikan masalah rakyat khasnya kos sara hidup makin teruk,” katanya.