Suhu maksimum 9 kawasan diramal cecah tahap berjaga-jaga

Suhu maksimum 9 kawasan diramal cecah tahap berjaga-jaga

Tujuh kawasan di Semenanjung dan dua di Sabah diramalkan mengalami cuaca panas tahap berjaga-jaga.

Tujuh kawasan di Semenanjung dan dua di Sabah diramal mengalami cuaca panas Tahap 1 (Berjaga-jaga) sekurang-kurangnya untuk tiga hari berturut-turut. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Tujuh kawasan di Semenanjung dan dua di Sabah diramal mengalami cuaca panas Tahap 1 (Berjaga-jaga) sekurang-kurangnya untuk tiga hari berturut-turut dengan suhu maksimum boleh mencecah antara 35 dan 37 darjah Celsius.

Menurut hantaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook, kawasan yang terlibat di Semenanjung ialah Jempol (Negeri Sembilan); Jeli, Kuala Krai, Pasir Mas, dan Tanah Merah (Kelantan); Kuala Terengganu (Terengganu); dan Rompin (Pahang).

Di Sabah, kawasan yang terlibat ialah Beaufort dan Nabawan.

Orang ramai diminta merujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk maklumat terkini cuaca panas harian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.