Tol percuma tamat semalam, seterusnya Isnin

Tol percuma tamat semalam, seterusnya Isnin

Kerajaan bersetuju memberikan Tol Rahmah percuma selama empat hari untuk semua pengguna jalan raya bersempena sambutan Aidilfitri iaitu pada 19 hingga 21 April dan pada 24 April.

KUALA LUMPUR:
Tol percuma bagi semua jenis kelas kenderaan di 33 lebuh raya seluruh negara sempena Aidilfitri yang bermula 19 April, tamat semalam.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kenyataan di Facebook memaklumkan tol percuma selanjutnya pada Isnin ini iaitu 24 April.

“Pastikan baki kad Touch n Go dan e-Wallet anda adalah mencukupi sebelum memasuki lebuh raya,” menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Selasa mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan Tol Rahmah percuma selama empat hari untuk semua pengguna jalan raya bersempena sambutan Aidilfitri iaitu pada 19 hingga 21 April dan pada 24 April.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.