
Dalam catatan Twitter malam tadi, Luqman berkata, beliau meletak jawatan dua minggu lalu.
“(Saya memberi) notis sebulan, pejabat pun dah tahu lama.”
Sementara itu, seorang pembantu Yeoh mengesahkan kepada FMT bahawa Luqman sudah menghantar surat peletakan jawatannya.
“Beliau tidak menyatakan sebab meletak jawatan.”
Difahamkan, Luqman dilantik ke jawatan itu Disember lalu susulan pelantikan Yeoh sebagai menteri belia dan sukan.
Semakan FMT di laman sesawang Kementerian Belia dan Sukan menunjukkan nama dan maklumat hubungan Luqman sudah dikeluarkan daripada direktori kakitangan di bawah pejabat menteri.
FMT sudah menghubungi Luqman untuk mengulas.
Baru-baru ini, Luqman mencetuskan kontroversi dengan mengkritik Anwar Ibrahim berhubung rancangannya mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di Kedah, Kelantan dan Terengganu berbanding kediaman rasminya di Putrajaya.
Anwar turut akan menghadiri tiga rumah terbuka di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan anjuran kerajaan negeri.
“Bayangkan reaksinya jika (bekas perdana menteri) Ismail Sabri (Yaakob) menganjurkan sambutan raya di enam, tujuh negeri,” tulisnya di Twitter.