Malaysia bimbang perkembangan politik Tunisia, kata Zambry

Malaysia bimbang perkembangan politik Tunisia, kata Zambry

Menteri luar berkata meskipun ia merupakan isu dalaman sesebuah negara, Malaysia tetap prihatin terhadap perkembangan politik terkini di negara itu.

Zambry Abd Kadir berkata Malaysia menzahirkan kegusaran dan kebimbangan susulan penahanan beberapa individu pemimpin politik utama Tunisia.
PUTRAJAYA:
Malaysia menzahirkan kebimbangan serta kegusaran terhadap perkembangan mutakhir politik di Tunisia, kata Menteri Luar Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, Malaysia mengikuti secara dekat perkembangan semasa di negara berkenaan termasuk penahanan beberapa individu utama, antaranya pemimpin Ennahda, Rached Ghannouchi dan bekas speaker Dewan Perwakilan, Rached Ghannouchi.

“Meskipun ia merupakan isu dalaman sesebuah negara, Malaysia tetap prihatin terhadap perkembangan politik terkini di negara ini.

“Melihat kepada tahap kesihatan dan umur beliau, kami berharap agar pertimbangan khas dan belas ihsan diberikan kepada Rached Ghannouchi di bulan Ramadan yang mulia ini,” kata Zambry dalam kenyataan.

Katanya, Malaysia berharap perdamaian dan konsensus nasional akan menjadi jalan ke arah membawa kemajuan dan kemakmuran bagi rakyat Tunisia.

“Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Tunisia dan rakyatnya,” menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.