
Ketua Polis Daerah Jempol, Hoo Chang Hook, berkata siasatan mendapati kejadian itu berlaku kira-kira 9.50 malam dan dua individu ditahan, dengan seorang daripadanya didakwa di mahkamah Bahau pada 31 Okt 2018.
“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau menasihatkan orang ramai tidak berkongsi video lama atau berita tidak tepat kerana tindakan tegas boleh diambil terhadap individu didapati sengaja mensensasikan isu yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat.
Jumaat lalu, tular video 3.27 saat menunjukkan letupan mercun di depan sebuah bank di Bahau yang dimuat naik seorang individu.