
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya sembilan maut, termasuk seorang kanak-kanak dan empat wanita, manakala hampir 20 lagi cedera dalam kebakaran sebuah rumah bertingkat di Delhi susulan letupan kuat pada penyaman udara, lapor Xinhua memetik polis Delhi.
Kejadian berlaku pada awal pagi Ahad di kawasan Vivek Vihar, timur Delhi, ketika mangsa sedang tidur. Kebakaran itu merebak ke seluruh rumah dalam tempoh beberapa minit, kata polis.
Semua sembilan mayat ditemui di beberapa bahagian rumah itu. Mangsa cedera dimasukkan ke hospital.
Sebanyak 14 jentera bomba dikerahkan untuk memadam kebakaran. Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca letupan penyaman udara itu.