Sivakumar nafi rumah digeledah SPRM

Sivakumar nafi rumah digeledah SPRM

Menteri sumber manusia menafikan perkara itu ketika ditanya berhubung laporan mengenai kediamannya digeledah SPRM.

Terdahulu, laporan mendakwa kediaman Menteri Sumber Manusia V Sivakumar digeledah SPRM. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Menteri Sumber Manusia V Sivakumar menafikan laporan kediamannya digeledah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas keterangannya diambil semalam.

Beliau yang diasak dengan soalan itu susulan siasatan membabitkan kes pengambilan pekerja asing hanya memberi jawapan ringkas kepada wartawan.

“Tidak ada, tidak ada,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri pra pelancaran Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2023, menurut Berita Harian.

Terdahulu, tular berita mendakwa SPRM menggeledah pejabat dan kediaman menteri sumber manusia itu.

Ia dikatakan sebahagian daripada siasatan dijalankan SPRM susulan dakwaan kes rasuah dalam pengambilan pekerja asing yang turut membabitkan beberapa pegawai kanan kementerian terbabit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.