6 warga asing pecah masuk pejabat, larikan RM50,000 ditahan

6 warga asing pecah masuk pejabat, larikan RM50,000 ditahan

Ketua Polis Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata semua suspek ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium di Metro Prima.

Sebahagian peralatan untuk memecah masuk dan mata wang asing yang dirampas dari kumpulan itu. (Gambar Polis)
PETALING JAYA:
Polis menahan enam lelaki warga asing yang disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah pejabat dan melarikan sejumlah mata wang asing bernilai RM50,000 di Wangsa Melawati pada awal bulan ini.

Ketua Polis Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata semua suspek yang berumur dalam lingkungan 31 hingga 41 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium di Metro Prima pada Khamis lepas.

“Dalam serbuan itu polis turut merampas 38 keping mata wang asing pelbagai negara.

“Siasatan mendapati suspek memecah masuk pejabat syarikat peralatan dan perkakasan komputer itu melalui bumbung, dan kumpulan itu juga dipercayai terlibat dalam dua kes lain di ibu negara dan Shah Alam,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, tahanan reman terhadap suspek disambung selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana samun dan pecah rumah.

Katanya, polis juga masih seorang lagi suspek yang masih bebas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.