
Noorsiah dalam kenyataan, berkata Ketua Polis Pahang Ramli Mohamed Yoosuf dilantik sebagai pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), manakala pengarah JSJK Mohd Kamaruddin Md Din dilantik sebagai pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.
Menurut Noorsiah, Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Shuhaily Mohd Zain pula dilantik sebagai ketua polis Kuala Lumpur baharu.
“Selain itu, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Ahmad Ramdzan Daud dilantik timbalan pengarah Cawangan Khas I.
“Ketua Polis Sentul Beh Eng Lai pula dilantik sebagai ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur,” katanya.
Beliau berkata, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Azman Shari’at dilantik sebagai ketua Urusetia JSPT Bukit Aman.
Menurutnya, kesemua mereka adalah antara 61 pegawai kanan polis yang terlibat dalam pertukaran secara besar-besaran di seluruh negara, berkuat kuasa 15 Mei.