Tiada kematian akibat buli dalam kalangan petugas kesihatan

Tiada kematian akibat buli dalam kalangan petugas kesihatan

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata daripada 120 aduan diterima menerusi MyHELP@KKM hanya satu berkait kes buli.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata kebanyakan aduan diterima tidak berkait dengan buli di tempat kerja.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan menerima 120 aduan menerusi sistem MyHELP@KKM dalam dua bulan pertama tahun ini tetapi hanya satu berkait buli, kata menterinya Dr Zaliha Mustafa.

Zaliha berkata, tiada kes kematian dilaporkan dalam kalangan petugas kesihatan yang disebabkan oleh insiden buli.

Katanya, 112 aduan diterima tidak mempunyai kaitan dengan buli tetapi berkait isu seperti perkhidmatan, pengurusan, penempatan, hutang dan isu peribadi.

“Satu aduan mempunyai unsur buli masih dalam siasatan dan tujuh aduan disiasat dan didapati tidak berasas dan bukan buli,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Negara.

Beliau menjawab soalan Jefridin Atan mengenai statistik aduan diterima berkait insiden buli dalam kalangan petugas kesihatan termasuk doktor pelatih sehingga menyebabkan kematian akibat tekanan melampau.

MyHELP@KKM dilancarkan pada Oktober tahun lalu untuk petugas kesihatan melaporkan kejadian buli atau aduan lain berkait tempat kerja.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.