
Katanya, ia membabitkan peruntukan berjumlah RM9.8 juta kepada pekebun kecil getah berdaftar dengan keluasan kebun getah melebihi 2.5 hingga 6ha.
BKKA turut disalurkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) kepada pekebun kecil yang memiliki kebun berkeluasan 2.5ha ke bawah.
“BKKA 2023 khusus kepada pekebun kecil getah ini diharapkan dapat meringankan beban mereka dalam memenuhi keperluan sempena sambutan Aidilfitri yang menjelang tiba,” menurut kenyataan itu.
Pada 29 Mac lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan BKKA sebanyak RM200 membabitkan keseluruhan peruntukan RM170 juta kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan.