Ahli perniagaan terkenal Lee Kim Yew diisytihar bankrap

Ahli perniagaan terkenal Lee Kim Yew diisytihar bankrap

Pengasas syarikat pemaju hartanah itu diisytihar muflis pada 26 Jan.

Lee Kim Yew pada Februari lalu mengumumkan beliau meletak jawatan sebagai pengerusi eksekutif Country Heights Holdings Bhd.
PETALING JAYA:
Ahli perniagaan terkemuka Lee Kim Yew diisytiharkan bankrap oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Semakan FMT di laman sesawang e-insolvensi, mendapati pengasas Country Heights Holdings Bhd (CHHB) diisytiharkan muflis pada 26 Jan lalu.

Pada 3 Feb lalu, Lee mengumumkan beliau akan meletak jawatan sebagai pengerusi eksekutif CHHB bagi memberi laluan kepada perubahan pengurusan untuk proses transformasi kumpulan.

CHHB terkenal sebagai pemaju beberapa mercu tanda negara seperti MSC Cyberjaya, Hotel Palace of Golden Horses dan Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa The Mines.

Lee juga adalah saksi pendakwaan dalam kes perbicaraan rasuah Yayasan Akalbudi membabitkan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

Jutawan hartanah itu menjadi tumpuan ketika pilihan raya Johor pada 2022 apabila beliau berkempen untuk bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dengan menyeru masyarakat Cina mengundi Pejuang.

Anak perempuannya, Dian menyertai Muda pada Disember 2021 dan beliau kini ahli jawatankuasa eksekutif pusat parti itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.