
Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian berlaku pada 7.45 petang Rabu lalu, ketika sepasukan anggota risikan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa mengekori sebuah Toyota Hilux milik polis.
Katanya, sebaik tiba di lampu isyarat Wakaf Bata, dekat Machang, anggota polis itu didapati bersama seorang lelaki yang juga mekanik berusia 35 tahun.
“Anggota PGA mengekori mereka berikutan kenderaan yang dinaiki dua suspek itu berada dalam keadaan mencurigakan dari Tanah Merah,” katanya menurut Sinar Harian.
Zaki berkata, pemeriksaan lanjut menemui mercun dan bunga api di bahagian belakang kenderaan yang keseluruhannya bernilai RM25,000.
Katanya, polis juga sedang mengenal pasti sama ada anggota itu berada di luar kawasan kerana tugas atau sebaliknya.
“Semakan turut mendapati anggota polis itu bertugas di IPD Setiu, manakala mekanik itu mempunyai lima rekod lampau berkaitan narkotik,” katanya sambil menambah dua suspek direman empat hari bermula Rabu lalu untuk disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya.