Syarikat pelaburan langgar undang-undang berdepan tindakan, kata SC

Syarikat pelaburan langgar undang-undang berdepan tindakan, kata SC

Suruhanjaya Sekuriti mengambil serius semua aduan dan komited menjaga kepentingan pelabur.

Hampir 500 mangsa penipuan skim pelaburan membuat aduan di Suruhanjaya Sekuriti (SC) semalam.

PETALING JAYA. Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat pelaburan yang didakwa menipu orang ramai jika terdapat bukti wujudnya pelanggaran undang-undang.

Menerusi kenyataan, SC berkata pihaknya menerima aduan mengenai dakwaan penipuan yang dikemukakan oleh Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) semalam.

“Pihak kami akan menyemak isi kandungan aduan tersebut dan seandainya terdapat pelanggaran undang-undang sekuriti, tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya akan diambil.

“SC mengambil serius semua aduan yang dikemukakan dan kekal komited dalam melaksanakan kuasa berkanunnya dalam menegakkan integriti pasaran modal termasuk menjaga kepentingan pelabur,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (MHO ), Hishamuddin Hashim, berkata pihaknya bersama hampir 500 mangsa hadir ke SC membuat aduan supaya tindakan diambil ke atas syarikat terbabit.

Ia membabitkan aduan terhadap beberapa syarikat yang menawarkan skim pelaburan berkonsep iRPS (Islamic Redeemable Preference Shares), sukuk, short-term notes, dan tabung amanah.

Setakat ini ada lima syarikat dikesan antaranya mula beroperasi sejak 2016 hingga 2021 dan berpengkalan di Hong Kong dan di Malaysia, malangnya rata-rata syarikat itu menutup operasi pada 2021.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.