
Menteri pengangkutan itu berkata, pengerusi jawatankuasa Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi tidak dapat mengadakan mesyuarat bulan ini.
“Mesyuarat pertama akan berlangsung awal bulan depan, iaitu pada 2 Mei,” katanya pada sidang media.
Pada 16 Mac, Loke berkata jawatankuasa itu akan mengadakan mesyuarat pertama bulan ini.
Katanya, penubuhan jawatankuasa itu menunjukkan kesungguhan kerajaan menyelesaikan kesesakan lalu lintas.
Jawatankuasa yang dianggotai pelbagai kementerian itu akan meneliti langkah yang lebih komprehensif untuk menangani kesesakan lalu lintas.
Loke juga berkata, pengangkutan awam akan diberi keutamaan dan kerajaan akan terus mempertingkat dan membangunkan rangkaian pengangkutan awam untuk meringankan masalah itu.