
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, BKK yang akan dibayar pada 17 April nanti turut diberikan kepada semua petugas pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri.
“Menerusi Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK) yang berlangsung semalam, kerajaan negeri bersetuju meluluskan BKK yang dianggarkan membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM10.95 juta kepada kerajaan negeri.
“Sebagai tambahan, BKK berjumlah RM300 juga disalurkan kepada masing-masing penyelia dan guru Kelas Al-Quran serta Fardu Ain (Kafa), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR), kakitangan SRAR, SMAR serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK), guru tahfiz, pondok dan tadika Islam serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, selain sebagai persediaan menyambut Syawal yang lebih bermakna pada tahun ini, BKK tersebut adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri kepada semua anggota perkhidmatan awam negeri atas sumbangan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi.