
Hakim Evrol Mariette Peters memberi 14 hari kepada Muhammad untuk membayar denda itu atau dia akan dipenjara dua minggu, jika gagal berbuat demikian.
Peguam J Gunamalar yang mewakili Loh berkata, hakim mengarahkan Muhammad membayar anak guamnya kos RM6,000.
Gunamalar berkata, mahkamah tahun lalu membenarkan Loh memulakan prosiding komital terhadap Muhammad atas kegagalannya mematuhi empat perintah mahkamah berhubung hak penjagaan anak.
Dia didakwa melarikan tiga anaknya dan menukar agama mereka tanpa persetujuan Loh.
Peguam M Vhimal mewakili Muhammad, yang hadir di mahkamah.
Gunamalar berkata, Mahkamah Tinggi, secara ex parte, memberi hak penjagaan sementara kepada Loh pada 12 Dis 2019.
Ia disusuli injunksi ad interim pada 7 Jan 2020, perintah penjagaan antara pihak pada 8 Okt 2020 dan akhirnya hak penjagaan penuh pada 31 Mac 2021.
Perceraiannya dengan Muhammad dimuktamadkan pada 23 Sept 2021.
Tetapi, Muhammad tidak mematuhi sebarang perintah itu, sebaliknya dia membawa tiga kanak-kanak itu ke Perlis, di mana dia mengislamkan mereka tanpa persetujuan Loh pada 7 Julai 2020.
Anak kembar perempuan berusia 15 tahun dan anak lelaki berusia 11 tahun itu ditempatkan bawah jagaan dan kawalan pendakwah Nazirah Nanthakumari Abdullah.
Loh memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi pada Februari 2022, dengan menamakan Nazirah dan sebuah NGO agama, di mana anak-anaknya ditempatkan, sebagai responden.
Permohonan itu dibenarkan Hakim Collin Lawrence Sequerah, yang memberi laluan kepada penyatuan ibu dan tiga anaknya.
Pada Mac 2022, Loh memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar penukaran agama sebelah pihak anak-anaknya.
Loh menamakan Majlis Agama dan Istiadat Melayu Perlis, pendaftar mualaf negeri, Mufti Perlis Asri Zainul Abidin serta kerajaan negeri sebagai responden bersama.
Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh akan menyampaikan penghakimannya bagi kes itu pada 11 Mei ini.