
“Saya nak tinggal di tempat yang ada banyak pokok, di mana saya boleh tengok burung-burung dan alam sekitar. Di mana ada banyak tempat untuk bermain dan aktiviti menyeronokkan. Tak begitu jauh dari sekolah.”
Nayla baru berusia 6 tahun, tetapi dia sudah ada idea yang bagus tentang di mana dia mahu tinggal. Seperti kanak-kanak, orang dewasa juga mempunyai harapan untuk hidup dan impian untuk masa depan. Kadangkala, peluang untuk menjadikan impian ini kenyataan boleh hadir.
Bayangkan anda mempunyai rumah dengan kawasan perlindungan hutan anda sendiri, dalam persekitaran hijau yang indah namun dilengkapi segala peralatan moden yang anda perlukan, serta akses mudah kepada pusat pentadbiran berdekatan dan Kuala Lumpur.
Sebagai sebuah syarikat yang memahami keperluan dan impian seseorang, itulah yang sedang diusahakan oleh Protasco Berhad, salah satu konglomerat paling pelbagai di Malaysia. Pembangunan Rimbawan Residency yang memenangi banyak anugerah, sebahagian daripada projek De Centrum City seluas 100 ekar yang terletak di lokasi strategik di KL South, akan menjadi pilihan terbaik untuk menjalani kehidupan urban hijau dan mampu milik.
Rumah dalam persekitaran hutan?
Protasco sentiasa fokus kepada menambah baik kehidupan. Mereka juga mempunyai rasa cinta dan hormat yang mendalam terhadap alam semula jadi dan komited untuk memeliharanya buat generasi akan datang.
Dengan Rimbawan, mereka akan melakukan kedua-duanya. Walaupun pembangunan ini menampilkan ruang kediaman kontemporari – rumah dan fasiliti, serta pilihan taman dan rekreasi – ia juga menyediakan akses mudah kepada tasik, taman, aktiviti golf, ekuestrian dan denai kembara yang menggalakkan penduduk menghargai alam semula jadi dan mengamalkan gaya hidup yang lebih hijau.
Covid-19 mengubah kita dan cara hidup kita dalam pelbagai cara. Keperluan dan kehendak pembeli rumah pasca wabak juga telah berubah. Ramai kini bekerja dari rumah, dan juga lebih peka terhadap alam sekitar. Mereka mahukan persekitaran semula jadi yang lebih baik dan selamat untuk hidup, bekerja dan beriadah, serta membesarkan keluarga mereka.
Memahami faktor penentu utama ini, Protasco telah memasukkan beberapa ciri unik di Rimbawan untuk memenuhi permintaan ini. Terdapat pelbagai kemudahan untuk setiap ahli keluarga termasuk gim terapung; kolam infiniti; dan semestinya, hutan rekreasi dengan banyak aktiviti berasaskan alam semula jadi – trek dan denai untuk berjalan kaki, berjoging dan menunggang kuda di kandang kuda berdekatan; kawasan berkelah; kawasan lapang; malah fasiliti pertanian urban.
Menembusi pembangunan hartanah
Ditubuhkan lebih 20 tahun yang lalu, Protasco telah berkembang daripada menjadi “pembina jalan” yang mahir, menggunakan kepakaran mereka dalam pembinaan, kejuruteraan dan penyelidikan & pembangunan untuk menembusi pembangunan hartanah.

“Masa depan adalah tentang menjadi inovatif dan tangkas, dan kami percaya kepelbagaian kami adalah tonggak kekuatan kami. Kami syarikat yang cukup unik, kerana terlibat dalam perniagaan merentasi pelbagai industri,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Kenny Chong.
Setelah beralih kepada pembangunan hartanah dengan pendekatan berfokuskan manusia, Protasco mahu menjadi pembina masa depan dan berbangga dengan apa yang telah mereka bangunkan setakat ini.
“Perniagaan kami mengutamakan manusia. Di mana sahaja orang ramai berada, kami sentiasa dalam proses melaburkan fikiran, masa dan kejayaan ke dalamnya,” katanya.
“Ini bermakna memahami apa yang menjadikan masyarakat berkembang maju. Anda mulakan dengan melihat asas dan nilai yang meletakkan kita di mana kita berada hari ini.
“Kami menyelami inti sesuatu isu, hubungan antara pembangunan negara dengan penglibatan dengan masyarakat setempat. Anda boleh katakan kami menyediakan masa depan untuk kalis cabaran,” tambah Chong.
Apa yang anda lihat, itu yang anda dapat
Protasco mungkin membina bangunan tinggi, tetapi mereka percaya dengan sikap rendah diri, dengan tidak berpura-pura. Tiada glamor palsu, tiada yang keterlaluan. Mereka maksudkan apa yang mereka katakan, dan menunaikan janji mereka. Ciri dan kemudahan yang ditawarkan adalah seperti yang dinyatakan. Reka bentuk dan ruangan bukan sahaja indah tetapi berfungsi, dan dibina dengan mengambil kira faktor manusia, untuk memenuhi keperluan “manusiawi” dan menambah baik gaya hidup.
Intipati gambaran lebih besar
Rimbawan dihasratkan untuk menjadi hab perbandaran lebih besar yang akan menjadi mercu tanda di KL South – De Centrum City, sebuah tapak pegangan bebas seluas 100 ekar yang sedang dibangunkan oleh Protasco. Oleh itu, Protasco mementingkan kualiti reka bentuk, menyediakan akses kepada rangkaian transit yang lebih besar dan mengekalkan konsistensi reka bentuk yang mesra rakyat.
Membina untuk hari esok
Visi Protasco adalah untuk menjadi pemain industri yang menerajui sektor pembangunan hartanah.

Anggie Siah yang telah bersama Protasco selama lebih 15 tahun berkata, “Saya sayangkan syarikat ini dan perniagaannya. Kami sentiasa berusaha untuk menjawab persoalan, apa yang akan kami bina esok?
“Sebagai sebuah syarikat, kami mahu menggerakkan masyarakat hari ini dan lebih baik pada masa akan datang. Saya rasa masih banyak lagi yang boleh kami lakukan.
Kami telah mengukuhkan reputasi kami dalam bidang pembinaan dan kejuruteraan. Kami bersedia untuk menjamin pertumbuhan generasi akan datang,” katanya.

Mohd Syawal Hamzah, seorang pengurus kanan yang telah bersama Protasco dari awal penubuhannya, menambah: “Apa yang akan kami bina esok? Kami percaya ke mana sahaja hala tuju kami, itulah yang akan kami bina.”
Dan fokus Protasco adalah untuk membina “hari esok” yang lebih baik untuk generasi akan datang, dengan kualiti hidup lebih baik dan tersedia kepada ramai orang.
Untuk tahu lebih lanjut tentang Protasco Berhad Property, klik di sini.
Nombor Telefon: 012-317 1738
E-Mel: [email protected]