PH, BN setuju parameter agihan kerusi PRN, kata Saifuddin

PH, BN setuju parameter agihan kerusi PRN, kata Saifuddin

Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail berkata, formula rundingan agihan kerusi antara PH dan BN sudah dimulakan.

Saifuddin Nasution Ismail berkata, beberapa siri rundingan perlu diadakan berhubung agihan kerusi antara PH dan BN bagi PRN di enam negeri.
PUTRAJAYA:
Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersetuju dengan beberapa parameter untuk memandu proses agihan kerusi bagi PRN di enam negeri, kata Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail.

“Formula rundingan agihan kerusi antara PH dan BN telah dimulakan,” katanya dalam dialog bersama media di sini, sambil menambah rundingan itu belum selesai kerana beberapa siri rundingan perlu diadakan.

Media sebelum ini melaporkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu mencapai persetujuan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dalam tempoh dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN.

Mengenai keputusan semua calon BN akan menggunakan logo dacing pada PRN, Saifuddin berkata, keputusan itu sudah dimaklumkan kepada PH.

Katanya, keputusan itu dibuat Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi kerana kerajaan perpaduan terdiri daripada gabungan beberapa parti tidak mempunyai logo rasmi setakat ini.

“PH dan BN ada logonya, jadi dalam konteks itu, pengerusi BN yang juga presiden Umno membuat keputusan sebab itu dalam domain BN.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.