Penemuan puluhan bangkai kucing di Cheras: JPV sudah terima aduan rasmi

Penemuan puluhan bangkai kucing di Cheras: JPV sudah terima aduan rasmi

JPV Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah membuat pemeriksaan di lokasi kejadian pada 25 Mac, namun premis berkenaan tidak lagi berpenghuni dan sudah dibersihkan.

Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) menerusi akaun sebelum ini Facebook mendedahkan tentang penemuan puluhan rangka, organ dan bangkai kucing di dalam sebuah rumah yang disewa oleh seorang lelaki tempatan. (Gambar Facebook)
PUTRAJAYA:
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah menerima aduan rasmi pada 24 Mac lepas berhubung kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing. di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada 11 Mac lepas.

Susulan aduan tersebut, JPV Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah membuat pemeriksaan di lokasi kejadian pada 25 Mac, namun premis berkenaan tidak lagi berpenghuni dan telah dibersihkan serta tidak menjumpai sebarang bangkai haiwan.

“JPV sedang meneliti kes ini dan akan bekerjasama dengan pihak polis bagi siasatan lanjut,” menurut jabatan itu dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) menerusi akaun Facebook mendedahkan tentang penemuan puluhan rangka, organ dan bangkai kucing di dalam sebuah rumah yang disewa oleh seorang lelaki tempatan.

Perbuatan itu terbongkar selepas jiran di kondominium berkenaan membuat aduan berhubung bau busuk dari rumah tersebut.

Ketua Polis Cheras Zam Halim Jamaluddin dilapor berkata seorang lelaki warga tempatan berusia 31 tahun ditahan pada 25 Mac bagi membantu siasatan kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di kondominium itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.