
Pesawat terbabit dipercayai mengalami masalah enjin di bahagian kiri sebaik berlepas dari Cebu, Filipina jam 7.55 malam dengan membawa 92 penumpang dan anak kapal.
Pendaratan cemas itu dilakukan dengan selamat pada 10.22 malam.
Menurut jurucakap bomba, mereka menerima panggilan dari Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) KKIA jam 9.49 malam.
Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi berkenaan.
“Keadaan terkawal dan pesawat mendarat dengan selamat dan semua penumpang dan anak kapal selamat. Siap siaga di lapangan terbang ditamatkan pada jam 10.29 malam,” katanya menurut Berita Harian.