Kes tuntutan palsu lebih RM2.5 juta, 5 direman bantu siasatan

Kes tuntutan palsu lebih RM2.5 juta, 5 direman bantu siasatan

Mereka ditahan semalam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor.

Lima lelaki direman lima hari bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu lebih RM2.5 juta melibatkan kerja penyelenggaraan di SJKT di Selangor pada 2020. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM:
Lima lelaki direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan tiga kes tuntutan palsu berjumlah lebih RM2.5 juta.

Perintah reman terhadap mereka yang berusia lingkungan 40 hingga 52 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Syuhada Abdullah di Mahkamah Majistret Shah Alam di sini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tuntutan berkenaan membabitkan kerja-kerja penyelenggaraan, penambahbaikan, dan membaik pulih fasiliti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Selangor, pada 2020.

Semua mereka ditahan semalam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.