Negeri tawar tanah percuma diberi keutamaan bina PPR, kata menteri

Negeri tawar tanah percuma diberi keutamaan bina PPR, kata menteri

Nga Kor Ming berkata, langkah itu diambil supaya kerajaan dapat mengoptimumkan peruntukan membina rumah, bukan membayar kos tanah.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sebelum ini, sebanyak 30 hingga 35% kos PPR digunakan hanya untuk membayar premium tanah, menyebabkan kualiti rumah menjadi rendah.
KOTA BHARU:
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memberikan keutamaan kepada negeri yang menawarkan tanah di lokasi strategik secara percuma atau mengenakan premium nominal untuk melaksanakan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, langkah itu diambil supaya kerajaan dapat mengoptimumkan peruntukan membina rumah dan bukan membayar kos tanah.

“Mana-mana negeri sanggup menawarkan tanah percuma atau kutip premium tanah nominal akan diberi keutamaan kerana kita nak optimumkan peruntukan untuk bina rumah bukan bayar kos tanah.

“Ini kerana mengikut pengalaman dahulu, 30 hingga 35% kos PPR hanya untuk bayar premium tanah maka kualiti rumah dibina kurang sikit,” katanya.

“Kerana itu kita mengalu-alukan mana-mana kerajaan negeri sanggup berikan tanah percuma, saya harap Kelantan juga akan menunjukkan komitmen bersama kerajaan persekutuan untuk menjayakan misi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pasar Tok Kenali di Binjai yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakob.

Mengulas lanjut, Nga berkata, kerajaan persekutuan memperuntukkan RM387 juta untuk program perumahan rakyat tahun ini.

“Kita amat berterima kasih kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana selain RM387 juta, ada lagi RM385 juta diperuntukkan untuk rumah mesra rakyat ini menjadikan lebih RM700 juta peruntukan untuk program perumahan tahun ini.

“Kita akan giatkan supaya impian KPKT satu keluarga satu rumah dicapai,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.