Umno gantung keahlian Ahli Parlimen Putatan

Umno gantung keahlian Ahli Parlimen Putatan

Shahelmey Yahya digantung keahlian selama enam tahun kerana menyokong Ketua Menteri Hajiji Noor.

Shahelmey Yahya yang juga Adun Tanjung Keramat sebelum ini berkata beliau menyerahkan kepada lembaga disiplin Umno untuk menentukan nasibnya. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Umno menggantung keahlian Ahli Parlimen Putatan, Shahelmey Yahya selama enam tahun kerana tidak akur dengan arahan parti dalam usaha menyingkirkan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor pada awal tahun ini.

Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin mengesahkan perkara itu, lapor Astro Awani.

“Well… dia kena gantung enam tahun,” katanya ringkas.

Shahelmey yang juga Adun Tanjung Keramat antara empat Adun Umno yang memutuskan untuk menyokong Hajiji selepas Umno Sabah menarik sokongan terhadap ketua menteri itu.

Tiga lagi Adun adalah Arsad Bistari (Tempasuk), Jasnih Daya (Pantai Dalit) dan James Ratib (Sugut).

Bulan lalu, Shahelmey yang juga timbalan ketua menteri berkata, beliau menyerahkan kepada Lembaga Disiplin Umno untuk menentukan nasibnya.

James dan Jasnih kemudiannya mengambil keputusan untuk keluar Umno.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.