Mesyuarat Umno Lahad Datu kecoh, penyokong bergaduh

Mesyuarat Umno Lahad Datu kecoh, penyokong bergaduh

Pergaduhan berpunca daripada provokasi segelintir penyokong calon yang bertanding dalam pemilihan Umno.

Sedutan rakaman video yang tular menunjukkan sekumpulan penyokong bergaduh dipercayai berlaku ketika Mesyuarat Umno Bahagian Lahad Datu.
PETALING JAYA:
Mesyuarat Umno Bahagian Lahad Datu kecoh selepas beberapa penyokong calon yang bertanding dilaporkan bergaduh.

Menurut laporan Astro Awani, pergaduhan di Dewan Sri Perdana di Lahad Datu itu berpunca daripada provokasi segelintir penyokong calon yang bertanding dalam pemilihan Umno hari ini.

Ketika kejadian Ketua Umno Bahagian Lahad Datu, Khalid Harun dilaporkan sedang berucap tetapi beberapa penyokong yang tidak berpuas hati tiba-tiba naik ke pentas.

Tindakan menyebabkan lebih ramai lagi penyokong naik ke pentas hingga tercetusnya pergaduhan antara mereka.

Video pergaduhan itu itu juga tular di media sosial.

Ketua Polis Lahad Datu Rohan Shah ketika dihubungi Astro Awani mengesahkan kejadian itu dan berkata satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam waktu terdekat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.