‘Datuk Roy’ direman lagi 4 hari

‘Datuk Roy’ direman lagi 4 hari

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan perintah reman terhadap Hussein Nasir, 54, hari ini, kata peguamnya Fahmi Abd Moin.

‘Datuk Roy’ ditahan semula oleh SPRM semalam apabila perintah reman awalnya tamat.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh perintah reman empat hari terhadap seorang lelaki berusia 54 tahun yang disyaki menjadi dalang kes rasuah berkait siasatan agensi itu terhadap program Jana Wibawa.

Peguam Fahmi Abd Moin berkata, majistret Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan perintah reman terhadap Hussein Nasir, yang dikenali sebagai “Datuk Roy”, hari ini.

Fahmi berkata, SPRM pada mulanya memohon 7 hari lanjutan reman terhadap anak guamnya itu, tetapi dibantah pasukan pembelaan Hussein.

“Tiada keperluan untuk menahan ‘Datuk Roy’ dengan lebih lanjut dan beliau akan memberikan kerjasama berterusan utk membantu siasatan,” kata Fahmi.

Awal minggu ini, SPRM memperoleh reman tiga hari terhadap Hussein. Dia dibebaskan dengan ikat jamin semalam sebelum ditahan semula untuk satu lagi siasatan SPRM.

Hussein antara lima individu, termasuk seorang pegawai SPRM, yang ditahan kerana didakwa meminta dan menerima rasuah berjumlah RM400,000 bagi menghalang siasatan terhadap program Jana Wibawa.

Program Jana Wibawa diperkenalkan pada November 2020 oleh kerajaan Muhyiddin Yassin sebagai inisiatif rangsangan Covid-19 untuk membantu kontraktor Bumiputera.

Siasatan Jana Wibawa membawa kepada tuduhan rasuah terhadap Muhyiddin dan pemimpin Bersatu lain, termasuk Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.