Penerbit, pelakon ‘Mentega Terbang’ selesai beri keterangan

Penerbit, pelakon ‘Mentega Terbang’ selesai beri keterangan

Jumaat lalu polis merakam percakapan pengarah dan seorang pelakon filem itu di Bukit Aman.

Filem ‘Mentega Terbang’ yang disiarkan secara percuma di platform penstriman digital mendapat bantahan umat Islam di negara ini kerana didakwa boleh menjejaskan akidah.
KUALA LUMPUR:
Polis selesai mengambil keterangan penerbit dan enam pelakon filem “Mentega Terbang”, semalam.

Setiausaha Polis, Noorsiah Saaduddin, berkata percakapan mereka dirakam kira-kira 1 tengah hari di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Kes masih dalam siasatan USJT dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam kenyataan.

Jumaat lalu, polis merakam percakapan pengarah dan seorang pelakon filem itu di Bukit Aman yang dikendalikan USJT bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Filem “Mentega Terbang”, yang disiarkan secara percuma di platform penstriman digital, mendapat bantahan umat Islam di negara ini kerana didakwa mengandungi unsur pluralisme agama yang boleh menjejaskan akidah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.