Kes rasuah, penolong akauntan direman seminggu

Kes rasuah, penolong akauntan direman seminggu

Wanita itu ditahan petang semalam di pejabat SPRM Pahang selepas hadir memberi keterangan.

Penolong akauntan sebuah jabatan kerajaan negeri direman seminggu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berjumlah RM41,768. (Gambar Bernama)
KUANTAN:
Seorang penolong akauntan sebuah jabatan kerajaan negeri direman tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah daripada pemilik sebuah bengkel kenderaan berjumlah RM41,768.

Perintah reman terhadap wanita berusia 42 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Wanita itu ditahan 3.30 petang semalam selepas dia memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Suspek disyaki melakukan kesalahan itu semasa bertugas di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK) antara April 2021 hingga Feb 2022 melibatkan suapan bernilai antara RM50 hingga RM2,500.

Suapan itu didakwa sebagai balasan mempercepat bayaran tuntutan bagi kerja penyelenggaraan kenderaan jabatan tempatnya bertugas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.