Banjir di Johor beransur pulih

Banjir di Johor beransur pulih

Situasi banjir di negeri itu semakin baik apabila jumlah mangsa terus mencatatkan penurunan malam tadi.

Jumlah mangsa di 119 PPS di tiga daerah di Johor dilaporkan terus menurun kepada 37,503 orang malam tadi berbanding 38,456 orang. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Keadaan banjir di Johor beransur pulih dengan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menurun malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan, setakat 8 malam jumlah mangsa di 119 PPS di tiga daerah negeri itu berkurang kepada 37,503 orang berbanding 38,456 orang petang tadi.

“Mangsa teramai adalah di Batu Pahat iaitu 37,114 orang, diikuti Muar (211), Segamat (154) dan Tangkak (24),” menurut kenyataan itu.

JPBN berkata dua sungai di Batu Pahat melepasi paras bahaya iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok yang kini pada paras 19.39 meter (m) dan Sungai Senggarang di Senggarang dengan bacaan 3.62m, manakala Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar mencatatkan bacaan 3.33m.

Terdahulu, banjir yang melanda Melaka dan Pahang sejak awal bulan ini pulih sepenuhnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.