Mangsa banjir di Johor berkurangan

Mangsa banjir di Johor berkurangan

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, mangsa teramai di Batu Pahat, iaitu 37,114 orang, diikuti Muar (211), Segamat (154) dan Tangkak (24).

Jumlah mangsa di 119 pusat pemindahan sementara di tiga daerah negeri itu berkurangan kepada 37,503 orang pada 8 malam tadi berbanding 38,456 orang petang tadi. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Keadaan banjir di Johor beransur pulih dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) terus berkurangan malam ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan, setakat 8 malam tadi, jumlah mangsa di 119 PPS di tiga daerah negeri itu berkurangan kepada 37,503 orang berbanding 38,456 orang petang tadi.

“Mangsa teramai di Batu Pahat, iaitu 37,114 orang, diikuti Muar (211), Segamat (154) dan Tangkak (24).”

JPBN berkata, dua sungai di Batu Pahat melepasi paras bahaya, iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok yang kini di paras 19.39m dan Sungai Senggarang di Senggarang dengan bacaan 3.62m, manakala Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar mencatatkan bacaan 3.33m.

Terdahulu, banjir yang melanda Melaka dan Pahang sejak awal bulan ini pulih sepenuhnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.