JPM nafi Rabu cuti umum sempena kemenangan Michelle Yeoh

JPM nafi Rabu cuti umum sempena kemenangan Michelle Yeoh

Ia susulan tangkap layar berita tular di media sosial memetik perdana menteri mengumumkan cuti umum Rabu ini selepas Michelle Yeoh memenangi Oscar.

Michelle Yeoh menjadi pelakon negara pertama memenangi Anugerah Akademi bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik.(Gambar AP)
KUALA LUMPUR:
Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan tangkap layar berita tular di media sosial memetik Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan cuti umum Rabu ini susulan kemenangan Michelle Yeoh di Anugerah Akademi (Oscar).

JPM menerusi hantaran di Facebook memaklumkan maklumat disampaikan menerusi tangkap layar berita bertajuk “PM Anwar declares public holiday on Wednesday: This is the pride of a nation!” itu palsu.

“Orang ramai diminta tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat tidak pasti atau palsu. Tidak pasti, jangan kongsi,” menurut hantaran itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.