
KUALA LUMPUR: Ahmad Sabki Yusof dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang baharu berkuat kuasa 1 Mac lalu.
Menurut SSM dalam kenyataan, Sabki berkelulusan sarjana pentadbiran perniagaan dan sarjana undang-undang perbandingan daripada Universiti Islam Antarabangsa, adalah seorang yang berpengalaman luas dalam bidang berkaitan syarikat dan komersial.
“Beliau juga pernah memegang jawatan utama di pelbagai syarikat, organisasi dan firma guaman dalam tugasan berkaitan undang-undang komersial, pengurusan, tadbir urus korporat, pematuhan serta pengurusan risiko,” menurut kenyataan itu.