‘Datuk Roy’ disyaki perancang kes rasuah dicari SPRM, berkait siasatan Jana Wibawa

‘Datuk Roy’ disyaki perancang kes rasuah dicari SPRM, berkait siasatan Jana Wibawa

Lelaki berusia lingkungan 50-an itu sebelum ini pernah dituduh di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan rasuah.

Pada 9 Mac lalu SPRM menahan empat individu termasuk seorang pegawainya dan seorang wanita kerana disyaki meminta dan menerima rasuah RM400,000 konon bagi mengelakkan siasatan kes Jana Wibawa.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan seorang individu dikenali sebagai “Datuk Roy” kerana disyaki perancang utama kes rasuah, yang berkaitan dengan siasatan ke atas program Jana Wibawa.

Lelaki berusia lingkungan 50-an itu sebelum ini pernah dituduh di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan rasuah.

Sumber SPRM berkata, empat individu, termasuk seorang pegawai SPRM, ditahan Khamis lalu kerana disyaki meminta dan menerima rasuah RM400,000 bagi mengelakkan siasatan ke atas program kontroversi itu.

Katanya, empat individu itu berusia 40 hingga 50 tahun, dengan seorang daripadanya wanita yang dibebaskan dengan jaminan, manakala tiga lagi direman hingga esok.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

“SPRM tidak akan berkompromi sama sekali sekiranya didapati mana-mana pegawai SPRM terbabit dalam sebarang kegiatan menyalahi undang-undang.”

Program Jana Wibawa diperkenalkan pada November 2020 oleh kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin sebagai inisiatif rangsangan Covid-19 bagi membantu kontraktor Bumiputera.

Ia terpalit kontroversi selepas Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mendedahkan sebahagian projeknya diluluskan tanpa melalui tender.

Siasatan ke atas program itu menyaksikan Muhyiddin dihadapkan ke mahkamah Jumaat lalu atas tuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang, yang berulang kali didakwanya sebagai pendakwaan terpilih.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad turut didakwa bulan lalu atas tuduhan meminta serta menerima rasuah berhubung Jana Wibawa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.