
“Kami telah hantar (kertas siasatan) dan mereka (pihak pendakwa raya) memerlukan masa untuk meneliti kes berkenaan. Oleh itu, polis masih menunggu maklum balas mereka,” katanya menurut Bernama.
Beliau mengulas perkembangan kes siasatan pertelingkahan seorang bekas pegawai kanan polis dan isterinya yang tular baru-baru ini.
Mengulas perkembangan siasatan penemuan 13 naskhah al-Quran dipercayai sengaja dibuang dalam longkang dekat tasik lombong di Jinjang pada 19 Feb lepas, Azmi berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan.
“Setakat ini, belum ada suspek tertentu terlibat kerana polis sedang mencari dan mengenal pasti suspek.”