Pemimpin tertinggi parti politik akan didakwa SPRM?

Pemimpin tertinggi parti politik akan didakwa SPRM?

Spekulasi berlegar bahawa 'VVIP' itu akan didakwa dalam masa terdekat.

Cakap-cakap bahawa pemimpin itu akan ditahan SPRM berlegar sejak minggu lalu.
PETALING JAYA:
Spekulasi bertiup kencang seorang pemimpin tertinggi parti politik mungkin ditahan dan didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat.

Difahamkan, pertuduhan akan dikenakan terhadap pemimpin parti itu, yang dikatakan sebagai “VVIP”, adalah berkaitan siasatan berterusan SPRM terhadap dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan.

FMT tidak dapat mendedahkan identiti pemimpin parti politik itu sementara menunggu pengesahan.

Cakap-cakap pemimpin itu akan ditangkap sudah berlegar sejak minggu lalu, dan semalam tersebar dakwaan di media sosial bahawa rumah pemimpin berkenaan dan anaknya diserbu.

Bagaimanapun ketika berita ini diterbitkan, FMT belum dapat mengesahkan dakwaan itu.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.