Peniaga maut dilanggar tayar lori tercabut

Peniaga maut dilanggar tayar lori tercabut

Polis berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di dada.

Polis berkata, mangsa yang berniaga di tepi jalan di KM43 Jalan Pantai, Kuala Terengganu-Kampung Raja maut selepas terkena tayar sebuah lori yang tercabut.
BANDAR PERMAISURI:
Seorang peniaga maut selepas dilanggar tayar lori tercabut di KM43 Jalan Pantai, Kuala Terengganu-Kampung Raja.

Dalam insiden kira-kira 5 petang tadi, Muhammad Airiel Rizman Mohamad Nazari, 18, yang berasal dari Kampung Mengabang Panjang, Kuala Terengganu sedang berniaga di tepi jalan bersama rakannya, Nik Muhammad Afiq Rizani Mohd Zainani, 22.

Ketua Polis Setiu, Afandi Hussin berkata, siasatan awal mendapati lori terbabit dalam perjalanan dari Kampung Merang ke Kampung Telaga Papan, sebelum sebiji tayar belakangnya tercabut dan terpelanting ke tepi jalan.

“Tayar tersebut kemudiannya melanggar Airiel Rizman dan Nik Muhammad Afiq yang berniaga di tepi jalan.

“Airiel Rizman meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di dada, manakala Nik Muhammad Afiq patah tangan kanan dan luka di bahagian muka.”

Katanya, mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut, manakala rakannya turut menerima rawatan di hospital sama.

Beliau berkata, pemandu lori berusia 37 tahun yang berasal dari Kelantan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Rakaman percakapan saksi dan waris si mati diambil untuk siasatan. Lori tersebut juga dibawa ke IPD Setiu untuk pemeriksaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.