
Ketua Polis Dungun Baharudin Abdullah, berkata susulan kejadian itu polis sudah memanggil pihak terlibat memberi keterangan di IPD.
Katanya, punca kejadian dipercayai berlaku berikutan tidak puas hati ketika seorang daripada pemandu tidak memberi laluan untuk memotong.
“Kedua-dua pihak sudah membuat laporan polis dan kertas siasatan berhubung kejadian ini juga telah pun dibuka.
“Kes masih dalam siasatan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk mendapatkan arahan lanjut dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu atau menunggang dengan gopoh di jalan awam, Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah.
Baharudin turut menasihati orang ramai dan pengguna supaya bersikap toleransi dan lebih bertolak ansur ketika berada di jalan raya.
“Patuhi peraturan jalan raya dan tidak mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang,” katanya.
Terdahulu, video tular sejak semalam berdurasi 1.52 minit itu memaparkan dua lelaki saling berbalas tumbuk dengan kejadian dirakam pengguna jalan raya lain.