Anwar dapat ‘markah lebih’ jika beri peruntukan sama rata, kata Hamzah

Anwar dapat ‘markah lebih’ jika beri peruntukan sama rata, kata Hamzah

Ketua pembangkang itu berkata peruntukan sama rata itu amat penting.

Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin mahu Perdana Menteri Anwar Ibrahim memperuntukkan dana sama rata kepada semua Ahli Parlimen. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendapat “markah lebih” jika dapat memberikan peruntukan Ahli Parlimen kepada pembangkang, kata Hamzah Zainudin.

Ketua pembangkang itu berkata, peruntukan sama rata amat penting dan sekiranya diperoleh sudah tentu akan diumumkan kepada pengundi di kawasan masing-masing.

“Kalau boleh beri pada semua dia (Anwar) akan ‘score a major point’ dan kita akan memaklumkan kepada pengundi penyokong kita… benar Tambun (kawasan Parlimen perdana menteri) berikan peruntukan kepada kita sama seperti sebelah sana.

“Kita minta cara baik.. dah dapat kita umum secara baik. Ini harus kita lakukan,” katanya dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023, di Dewan Rakyat.

Pada 24 Feb lalu, Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim mengkritik pembentangan Belanjawan 2023 kerana didakwa tidak menyediakan peruntukan bagi wakil rakyat pembangkang.

Shahidan berkata, beliau kecewa kerana hak mereka dinafikan, berbeza amalan di luar negara menyediakan peruntukan kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira status kerana ia akhirnya untuk kegunaan rakyat.

Dalam pada itu, Hamzah berkata Belanjawan 2023 ini perlu diberi keadilan kepada semua pihak.

“Kita fikir kalau boleh bincang… bincanglah,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.