Rasuah lebih RM500,000, penolong jurutera JKR direman

Rasuah lebih RM500,000, penolong jurutera JKR direman

Perintah reman dikeluarkan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat terhadap lelaki berusia 44 tahun itu.

Lelaki itu ditahan petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuantan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. (Gambar Bernama)
KUANTAN:
Seorang penolong jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Raub direman lima hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan dakwaan menerima rasuah berjumlah RM516,325, antara 2018 hingga 2022.

Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat mengeluarkan perintah reman terhadap lelaki berusia 44 tahun itu yang berkhidmat di Bahagian Jalan jabatan tersebut.

Suapan dibuat dalam jumlah RM1,000 hingga RM95,000 itu didakwa sebagai balasan mencadangkan syarikat proksi seorang kontraktor sebagai subkontraktor, untuk projek pembaikan cerun dan membantu mendapatkan bayaran tuntutan.

Lelaki itu ditahan 6.55 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.