
“KKM sedang meneliti perundangan tersebut dan mungkin ada pengumuman dalam bajet (Belanjawan 2023).
“Jika perundangan tersebut diluluskan, saya menjemput sokongan di sebelah sana (pembangkang) kalau diluluskan, mungkin vape boleh dicukaikan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan tambahan Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang mengenakan cukai vape bagi menambah sumber pendapatan negara.
Menjawab soalan asal Wan Saiful mengenai anggaran kerugian hasil cukai akibat penyeludupan produk tembakau rokok dan produk beralkohol, Sim berkata, berdasarkan pengiraan rampasan, kerugian dianggarkan RM353 juta pada 2021 dan RM364 juta (2022).
“Namun, mengikut perkiraan industri dan melalui laporan-laporan yang telah dikemukakan kepada kerajaan, sudah tentu lebih besar lagi dan berkemungkinan mencecah sehingga RM5 bilion setahun.
Menurutnya, pelbagai kaedah kawalan dan penguatkuasaan dilaksanakan bagi menangani isu tersebut antaranya mengehadkan aktiviti ‘transhipment’ (pemindahan kapal) rokok kepada pelabuhan tertentu sahaja, membenarkan hanya penggunaan kontena berstandard ISO, dan melarang penggunaan bot kecil termasuk bot jenis kumpit.