Dituduh rogol kanak-kanak, 3 remaja mengaku tak salah

Dituduh rogol kanak-kanak, 3 remaja mengaku tak salah

Remaja berusia 14, 16 dan 17 tahun didakwa secara berkumpulan merogol mangsa kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Semua remaja lelaki berkenaan didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik hotel di Bahau, Jempol, Negeri Sembilan pada 28 dan 29 Jan lalu.
JEMPOL:
Tiga remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bahau atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, bulan lepas.

Remaja berusia 14 dan 17 tahun didakwa secara berkumpulan merogol mangsa di sebuah hotel di Bahau pada 11.30 malam 28 Jan lepas. Mereka didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan

Remaja berusia 16 tahun didakwa merogol kanak-kanak itu di antara 3 pagi hingga 1 tengahari 29 Jan lepas di hotel sama dan dituduh Seksyen Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan (Akta 574).

Remaja berumur 14 tahun dan 17 tahun itu masing-masing diwakili peguam P M Nagarajan dan Abu Bakar Isa Ramat manakala remaja berusia 16 tahun tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan semua tertuduh diikat jamin RM6,000 dan menetapkan 22 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa polis Baharudin Bah Bam di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.