
Willie Mongin (GPS-Puncak Borneo) berkata hasil cabutan itu, kerajaan mungkin boleh memberi fokus kepada membantu golongan bukan Islam.
Beliau juga bimbang jika jumlah cabutan itu dikurangkan akan membawa kepada peningkatan judi dalam talian yang akhirnya merugikan negara dalam meningkatkan hasil.
“…usaha ini amat baik tetapi saya khuatir perkara ini akan membuka ruang kepada pertumbuhan berleluasa cabutan tiket loteri haram secara ‘online’ atau secara ‘offline’.
“Implikasinya kerajaan akan kehilangan pendapatan kerana perkara ini tidak diperhalusi, dan ‘sin tax’ ini boleh digunakan untuk membantu golongan bukan Islam,” katanya di Dewan Rakyat ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong.
Anwar yang juga menteri kewangan membatalkan keputusan kerajaan sebelum ini yang meningkatkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan daripada lapan kepada 22 kali setahun mulai 1 Jan lalu.