Ular tedung masuk rumah PM

Ular tedung masuk rumah PM

Kejadian disedari seorang daripada lima anggota keselamatan bertugas di pondok kediaman Anwar Ibrahim di Bandar Sungai Long, Kajang.

Mior Norazlan Safian berkata ular tedung seberat 800g dan panjang kira-kira satu meter berjaya ditangkap menggunakan peralatan khas. (Gambar Facebook APM)
KUALA LUMPUR:
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menangkap seekor ular tedung hitam di kawasan pondok pengawal rumah Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Bandar Sungai Long, Kajang, malam ini.

Koperal Pertahanan Awam Hulu Langat, Mior Norazlan Safian, berkata empat anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 7.33 malam.

“Kejadian disedari seorang daripada lima anggota keselamatan sedang bertugas di pondok tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, anggota APM berjaya menangkap ular seberat 800g dengan panjang kira-kira satu meter itu dengan menggunakan peralatan khas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.