Lelaki maut dihempap kereta sendiri

Lelaki maut dihempap kereta sendiri

Pemandu e-panggilan berusia 29 tahun itu dihempap keretanya ketika sedang melakukan kerja pembaikan di parkir kawasan perumahan di Putrajaya semalam.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk proses bedah siasat, kata polis.
PUTRAJAYA:
Seorang pemandu e-panggilan maut dihempap kereta miliknya ketika sedang melakukan kerja-kerja pembaikan di parkir kawasan perumahan di Presint 5 di sini semalam.

Mohammad Azim Mohamad Sanusi, 29, sedang menukar minyak hitam dan membaiki brek tayar hadapan di sebelah kanan kereta Perodua Bezza miliknya sebelum dihempap kenderaan itu dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu.

“Mangsa maut di tempat kejadian,” kata Ketua Polis Putrajaya A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi.

Tambahnya, pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati tiada unsur jenayah.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk proses bedah siasat, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.