
Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit, berkata pihaknya juga menerima laporan daripada suami wanita terbabit mengenai salah laku anggota berusia 36 tahun yang bertugas di Balai Polis Ayer Keroh itu.
“Perkara ini dalam siasatan lanjut meliputi pelbagai elemen dan kami juga perlu hantar sampel video itu ke forensik untuk kami tentukan kesahihan yang dibuat oleh pengadu.
“Dalam isu ini saya tidak akan berkompromi jika ia melibatkan salah laku anggota selain tidak teragak-agak untuk ambil tindakan,” katanya kepada pemberita.
Mengulas lanjut Christopher berkata siasatan mengenai kes itu dijalankan oleh D11 IPK Melaka dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard.
Katanya, anggota tersebut juga masih menjalankan tugas seperti biasa dan kes disiasat bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan kerana kesalahan memikat dan memperdaya isteri orang.
Terdahulu tular satu hantaran di Facebook dan video dakwaan seorang lelaki mengenai masalah rumah tangga yang berusia sembilan tahun itu diganggu pihak ketiga dan dipercayai hubungan isterinya dan anggota terbabit berlarutan sehingga setahun.