Petronas terus pertahan kedudukan berkait tuntutan Sulu

Petronas terus pertahan kedudukan berkait tuntutan Sulu

Petronas menumpukan prosiding pengesahan yang mana mahkamah akan menentukan merit tuntutan dan anak syarikatnya di Luxembourg mempunyai hak untuk pembelaan.

Mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah sitaan baharu ke atas dua anak syarikat Petronas minggu ini.
KUALA LUMPUR:
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menegaskan tuntutan oleh waris kumpulan Sulu terhadap dua anak syarikatnya di Luxembourg (Luxcos) sebagai tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukannya di sisi undang-undang.

“Semua usaha kini menumpukan kepada prosiding pengesahan yang mana mahkamah akan menentukan merit tuntutan dan Luxcos mempunyai hak untuk pembelaan,” kata syarikat minyak dan gas negara itu dalam kenyataan.

Kenyataan itu merujuk kepada laporan media mengenai tindakan Mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah sitaan baharu ke atas dua anak syarikat Petronas itu pada minggu ini.

Laporan agensi berita Reuters bertarikh 16 Feb dengan tajuk “Petronas units in Luxembourg seized again in USD15 billion arbitration dispute”, yang menyatakan bailif mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah sitaan baharu bagi unit terbabit, minggu ini.

Ini susulan tuntutan daripada waris Kumpulan Sulu yang yang memohon untuk menguatkuasakan anugerah USD15 bilion mereka perolehi terhadap Malaysia, demikian menurut peguam waris terbabit serta dokumen mahkamah yang dilihat oleh Reuters.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.