
Saifuddin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan anggota polis yang tidak bersedia dalam tugas mereka dan seterusnya menolak laporan yang dibuat.
“Kita tidak akan kompromi dalam soal ketidaksiapsiagaan anggota polis yang menolak daripada mengambil aduan” katanya selepas majlis libat urus bersama pengamal media di Putrajaya.
Katanya, kes tersebut telah ditutup dan pihaknya menyuarakan rasa tidak bersetuju terhadap tindakan polis berkenaa pada ketika itu.
Pada masa yang, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya sedar tentang etika kesopanan pemakaian yang diamalkan di balai polis.
Baru-baru ini, seorang wanita mendakwa beliau dilarang memasuki IPD Kajang untuk membuat laporan mengenai kemalangan jalan raya disebabkan pemakaiannya.
Wanita itu mendakwa, dia memakai seluar menutup bahagian lutut, namun hanya dibenarkan masuk selepas kakaknya membawa sehelai seluar panjang untuknya.
Polis Kajang kemudiannya mengesahkan wanita itu dihalang memasuki IPD kerana pakaiannya tidak mematuhi kod etika.
Kejadian itu mendapat tindak balas pelbagai pihak, termasuk bekas ketua polis negara Musa Hassan dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat Nancy Shukri.
Menurut mereka, polis tidak seharusnya menghalang orang awam membuat laporan disebabkan pemakaian, kerana tugas mereka adalah untuk membantu orang ramai.