
Shah Rizan Yasak, Riduan Ibrahim dan Yusri Yusof mengaku bersalah terhadap tuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
Shah Rizan mengaku menerima RM6,250 untuk mendapatkan kerja pengurusan jenazah untuk ahli perniagaan itu antara 6 April 2018 dan 7 Ogos 2019.
Riduan dan Yusri masing-masing menerima RM3,550 serta RM1,100 daripada ahli perniagaan sama bagi tempoh sama.
Shah Rizan dihukum penjara dua bulan, manakala Riduan dan Yusri masing-masing dipenjara empat dalam tiga bulan.
Mahkamah turut memerintahkan Shah Rizan didenda RM20,000 atau tambahan penjara enam bulan, jika gagal membayar denda itu.
Riduan dan Yusri pula masing-masing didenda RM10,000 serta RM5,000.
Seorang lagi PPK dari hospital sama, Hairul Nizam Idris mengaku tidak bersalah menerima RM1,100 daripada ahli perniagaan sama pada April 2018.
Mahkamah membebaskan Hairul dengan ikat jamin RM6,000 dan seorang penjamin. Sebutan semula kes ditetapkan pada 17 Mac ini.
Tahun lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan empat petugas hospital atas dakwaan meminta dan menerima rasuah RM1,000 hingga RM5,000 setiap seorang untuk mendapatkan kerja pengurusan jenazah antara 2018 hingga tahun lalu.