
PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, berharap Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri terakhir sebelum pemerintahannya berakhir.
Baginda bertitah beliau merupakan satu-satunya Yang di-Pertuan Agong yang telah diberi kesihatan untuk memerintah negara dengan empat perdana menteri bersama empat jemaah menteri berlainan.
“Beta berharap perdana menteri yang ke-10 ini adalah yang terakhir sebelum beta berangkat pulang ke Pahang,” titahnya ketika merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15.
Sultan Abdullah secara rasmi ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan 2019.
Baginda akan menamatkan pemerintahannya sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan 2024.